MaSiH HiDuP WaLaUpUn bOm mElEkAt di PiPi....
Sinaloa (Mexico) – Wanita ajaib, itulah gelaran yang diberikan orang ramai kepada seorang wanita yang masih hidup walaupun sebutir bom tangan melekat di mukanya.
Semuanya bermula pada satu hari ketika Karla Flores, ibu kepada tiga orang anak itu sedang menjual makanan laut di tepi sebuah jalan, apabila dia tiba-tiba mendengar bunyi kuat dan kemudian pipinya terasa panas seperti terbakar.
Ketika dia memegang pipinya, dia mendapati ada banyak darah sebelum jatuh pengsan dan selepas sedar, dia sudah berada di sebuah hospital.
Karla menyangka mukanya terkena serpihan batu yang mungkin melekat dalam pipinya.
“Setelah sedar, doktor bertanya saya apa yang terjadi, dan saya memaklumkan bahawa muka saya terkena batu.
“Mereka kemudian mula memeriksa muka saya dan mendapati ada benda yang melekat di pipi saya namun mereka tidak mengetahui apa benda itu,”kata wanita berusia 32 tahun itu.
Namun selepas x-ray dijalankan, mereka mendapati objek tersebut melekat di bahagian pipi dan rahang.
Semua orang kemudiannya terkejut apabila mendapati objek itu adalah bom tangan, sebelum hospital itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana bom tangan itu sudah dihidupkan dan ia mungkin boleh meletup pada bila-bila masa.
Karla kemudiannya diasingkan namun apa yang menjadi masalah ialah kebanyakan doktor tidak mahu membedahnya kerana risiko tinggi bom itu akan meletup.
Dan dalam keadaan Karla sedang bergelut dengan maut, tampil empat individu bersama dua pakar bom sudi membedahnya, namun ia dilakukan di kawasan yang terpinggir.
Empat jam selepas itu, kira-kira tengah malam, dia berjaya dibedah dan bom itu dikeluarkan.
sumber/source:www.mynewshub.my
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan