Peledak berbisa Manchester City itu yang mengumpul lapan gol daripada empat perlawanan Liga Perdana Inggeris ketinggalan satu gol berbanding Rooney ketika ini.
Saingan antara kedua-dua pemburu gol ternama itu dijangka membuatkan penyokong kedua-dua pasukan tidak senang duduk.
Begitupun Aguero, yang dibeli pada harga �35 juta (RM173 juta) dari Atletico Madrid, sudah mendahului Rooney dalam perkara lain apabila pemain Argentina yang mempunyai kontrak �1.25 juta (RM6.18 juta) dengan Puma berbanding pemain England yang dilaporkan mempunyai kontrak bernilai �1 juta (RM4.94 juta) dengan Nike.
Dia juga akan mendapat bonus tambahan jika mendahului senarai penjaring gol terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan jika menjaringkan gol untuk Argentina, jadi dia tiada sebab untuk buntu di depan gawang.
Aguero, 23, berkata pastinya ia pertarungan yang hebat dengan Rooney sehingga perlawanan terakhir.
“Saya memburu gol dalam setiap perlawanan. Orang ramai memberi tahu mengenai kepen-tingan persaingan kami dan juga saingan antara City dan United.
“Ia bukan satu situasi yang jarang saya alami. Saya pernah mengalaminya di Sepanyol ketika bersaing dengan Real Madrid tetapi tuah tidak menyebelahi.
Jadi saya mengharapkan keputusan yang berbeza kali ini. Saya berada di prestasi terbaik ketika ini tetapi percaya perlawanan saya boleh mencapai tahap lebih tinggi.
“Malah saya juga berpendapat, City membuktikan mereka mampu memenangi gelaran itu.”
Begitupun kecederaan hamstring yang dialami Rooney ketika latihan sebelum menentang Stoke, Sabtu lalu hingga menghalangnya beraksi beberapa minggu mungkin memberi peluang kepada Aguero untuk memintasnya tidak lama lagi.
Menantu legenda Argentina, Diego Maradona itu turut me-ngakui dia mahu menjaringkan lebih banyak gol.
“Saya berada di sini untuk memenangi gelaran dan bukannya mencari kejayaan peribadi.
“Rahsia di sebalik kejayaan saya menjaringkan gol adalah kerja keras, bantuan rakan sepasukan dan juga tuah. Saya sebenarnya terkejut bagaimana cepat saya boleh menyesuaikan diri dengan pasukan dan gaya permainan bola sepak Inggeris.
“Bukan sesuatu yang mudah buat seseorang yang bermain di Argentina dan Sepanyol kerana suasananya sungguh berbeza tetapi cabaran saya adalah untuk terus meningkat dari semasa ke semasa.
“Saya perasan penyokong mula menerima saya dan saya gembira kerana ia antara perkara yang paling saya bimbang,” katanya.
Ketika Aguero boleh dianggap sebagai kejayaan segera, kebolehan yang dimilikinya serta seorang lagi penyerang, Edin Dzeko secara tidak langsung meletakkan Carlos Tevez di bangku simpanan.
Begitupun Aguero menjelaskan Tevez hanya meluahkan rasa tidak puas hati kepada City.
“Carlos adalah pemain bola sepak penting dan cukup bermakna buat City. Saya yakin dia akan kembali bersama kami pada musim penting ini.
“Saya dapati kehidupan saya di Manchester cukup normal bersama keluarga, rakan, bola sepak dan juga aktiviti melancong,” katanya.
sumber/source:
http://www.hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan